Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto Mohammed Raffiq (TVS).

Tumpu perhatian menang PRU-15 dahulu

ByFebbright James

KAPIT, 10 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia bekerjasama dengan parti politik yang diyakini boleh mewujudkan kerajaan stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata GPS hanya menjalinkan kerjasama dengan pihak yang boleh menjamin kestabilan ekonomi dan menjaga kesejahteraan dalam kalangan rakyat.

“Dengan siapa kita akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan, itu kita sama-sama nantikan selepas keputusan kelak. Apa yang pasti kita mahu kerjasama yang baik untuk memastikan negara dan Sarawak khususnya maju ke kehadapan dan dapat mentadbir negara dengan baik.

“Apa yang penting (sekarang) kita beri tumpuan dahulu untuk memenangi kesemua kerusi pada PRU-15. Kita akan membuat keputusan selepas tamat pilihan raya,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyerahan Cek Pedawaian Elektrik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas di Rumah Rambor Nanga Melipis di sini pada Rabu.

Pada PRU-15, GPS bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak dengan menampilkan 14 calon muka baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian manakala 15 November sebagai hari mengundi awal. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan