Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Sri Richard Riot Jaem pada majlis pelancaran jentera GPS di Kampung Pichin, Serian pada Rabu.

PRU-15: Riot utamakan pembangunan modal insan, selain infrastruktur

SERIAN, 10 Nov: Selain membangunkan infrastruktur, bekas Ahli Parlimen Serian Dato’ Sri Richard Riot Jaem mengutamakan pembangunan modal insan agar dapat menyumbang terhadap peningkatan taraf sosioekonomi rakyat.

Menurutnya, Bahagian Serian meskipun masih baharu diwujudkan, pembangunan infrastruktur termasuk jalan raya, pusat pentadbiran kerajaan, bekalan utiliti kini sudah boleh menjadi kebanggaan.

Riot, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Serian berkata antara fokus dan usaha beliau dalam pembangunan Serian adalah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.

Bekas Menteri Sumber Manusia berkata, beliau sedar bahawa demi membangunkan sebuah negara yang maju, ianya penting untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi.

“Salah satu inisiatif saya untuk ini (membangunkan modal insan) dengan membina Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Jentera GPS Parlimen Serian di Markas Jentera GPS Parlimen Serian, Kampung Pichin di sini pada Rabu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada, ADUN Bukit Semuja John Illus dan ADUN Kedup Martin Ben.

Beliau yang menepis dakwaan bahawa Serian ketinggalan dari arus pembangunan berkata, rancangan pembangunan di Serian wajar diteruskan demi manfaat rakyat.

Menurutnya lagi, hanya GPS yang mengutamakan dan menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak, sambil menegaskan beliau tidak mahu parti asing mewakili kampung halamannya.

“Kami mahu bersatu supaya hak kami yang telah kami perjuang dan tuntut akan direalisasikan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan