Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong

Masyarakat Lun Bawang diminta sokong Henry Sum

ByOdleen Catherny

LAWAS, 11 Nov: Masyarakat Lun Bawang diminta bersatu hati menyokong dan mengundi Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Henry Sum Agong di Parlimen Lawas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Bekas Naib Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Peter Asut berkata, sokongan itu penting kerana Henry Sum merupakan satu-satunya wakil rakyat di bawah Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pengundi di Lawas tidak boleh tersilap langkah dan membiarkan kerusi Parlimen itu jatuh ke tangan pembangkang.

“Kami di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’ Kelalan sudah berada di bawah naungan pembangkang selama tiga penggal (15 tahun) dan sudah tentu kami kehilangan peluang untuk menerima geran ADUN untuk projek MRP sebanyak RM5 juta setiap tahun yang berjumlah RM15 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau kini tidak berbelah-bahagi menyatakan sokongannya kepada Henry Sum.

Peter menyampaikan ucapannya di Dewan Masyarakat, Kampong Purusia, sempena lawatan Henry Sum dalam siri kempennya di kampung tersebut.

Pada masa sama, Peter turut berkongsi harapan untuk bekerjasama dengan Henry Sum di masa akan datang sekiranya beliau menang pada PRU-15.

“Saya sudah 39 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam menyantuni masyarakat luar bandar menerusi Rural Health Improvement Programme di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), bertujuan mendidik mereka meningkatkan kebersihan diri termasuk menyediakan sanitasi alam sekitar yang lebih baik.

Saya percaya, sekiranya Henry Sum menang di Parlimen Lawas, saya akan dapat bekerjasama dengan beliau seterusnya memenuhi hasrat saya,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan