Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Sarawak Michael Tiang Ming Tee.

Kestabilan politik bolehkan kerajaan GPS fokus pembangunan

ByBernama

SIBU, 10 Nov: Kestabilan politik di Sarawak telah membolehkan kerajaan untuk kekal menumpukan kepada agenda pembangunan, seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif ke atas pelaburan dan keusahawanan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II negeri Michael Tiang Ming Tee berkata ia turut membantu Sarawak menangani cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ketika pandemik COVID-19 dan mencatatkan peratusan kadar vaksinasi terpantas dalam kalangan masyarakat.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berhenti di situ sebaliknya meningkatkan usaha dalam menguruskan pandemik dengan melaksanakan sembilan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang bernilai lebih RM6.7 bilion untuk membolehkan rakyat Sarawak kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Kerajaan GPS seterusnya memperkenalkan dan melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk memesatkan pencapaian ekonomi berpendapatan tinggi dan maju,” katanya semasa merasmikan pembukaan stesen minyak Shell Sri Minyak Tenaga Sdn Bhd di Jalan Sungai Maaw di sini hari ini.

Tiang berkata empat Ahli Dewan Undangan Negeri GPS termasuk beliau sendiri sebagai ADUN Pelawan, Datuk Dr Annuar Rapaee (Nangka), Datuk Seri Tiong King Sing (Dudong) dan Joseph Chieng Jin Ek (Bukit Assek) menyuntik dana pembangunan sekurang-kurangnya RM10 juta di kawasan masing-masing.

Beliau berkata ini tidak termasuk beberapa projek khas yang mereka perkenalkan seperti pembinaan empat jalan utama baharu di Sibu yang memerlukan bajet keseluruhan sebanyak RM500 juta.

“Kami percaya keempat-empat jalan ini pastinya akan membuka potensi Sibu untuk muncul sebagai hab pusat yang rancak bagi ekonomi, kewangan, pendidikan, penjagaan perubatan serta kebudayaan dan pelancongan,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata Bawang Assan yang diwakili oleh parti pembangkang turut tidak akan ketinggalan.

“Kami mahu seluruh Sibu disertakan dalam agenda pembangunan negeri dengan pasukan berwawasan yang ditubuhkan oleh wakil rakyat GPS.

“Melalui rekod prestasi tadbir urus yang baik oleh GPS, Yang Berhormat kita dengan sokongan sepenuhnya daripada sumber pentadbiran negeri, kita boleh mentransformasikan Sibu dan mahu mengubah Bawang Assan untuk muncul sebagai zon pembangunan baharu dan masa depan bagi Sibu dari segi perumahan, komersial, industri, sekolah dan penjagaan perubatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan