Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bukan ‘omong kosong’, GPS serius laksana manifesto – Wan Junaidi

ByConnie Grace

KUCHING, 10 NOVEMBER: Bukan ‘omong kosong’, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serius melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) demi pembangunan negeri ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi berkata, manifesto yang dilancarkan pada Rabu lepas merupakan komitmen gabungan itu berkhidmat untuk rakyat.

“Kerajaan negeri telah mengiystiharkan bahawa mereka bakal melaksanakan apa sahaja yang mereka janji dalam manifesto itu serta serius dengan perkara yang dinyatakan dalam manifesto berkenaan agar rakyat tahu dan menyokong matlamat kerajaan negeri,” katanya di Program Malaysia Decides terbitan TVS, pada Khamis.

Menurut mantan Ahli Parlimen Santubong itu lagi, manifesto berkenaan menjamin untuk mempertahankan hak rakyat Sarawak serta berusaha mengembalikan semula beberapa perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selaras dengan Perlembangaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, ujarnya manifesto turut menekankan kedudukan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dengan negeri-negeri lain dalam penubuhan Malaysia.

“Maknanya, bukan saja ingin memperjuangkan mengenai hak atonomi tetapi bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik daripada yang kita lihat sekarang ini memandangkan Sarawak mempunyai keluasan geografi yang berbeza,” jelasnya.

Maka dengan ini tegas Wan Junaidi hanya kerajaan negeri sahaja tahu untuk melaksanakan segala keputusan dalam urus tadbir kepimpinan Sarawak. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan