Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BKM Fasa 4 mula dibayar 15 Nov ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 , kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran dijangka selesai pada 18 November 2022.

“Pembayaran yang bernilai RM2.1bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang dan tiada pasangan.

“Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, bagi BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900.

“Pembayaran ini mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, keputusan mempercepatkan pembayaran daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan