Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sim Liew Ling (kiri) dan Ashley Irenaus Jeck (kanan) Foto: TVS

Atlet Paralimpik dari Dalat mahu pergi lebih jauh

MUKAH, 10 Nov: Ingin membarisi kontinjen Sarawak ke peringkat antarabangsa menjadi impian pemenang emas Sukan Malaysia (SUKMA) Paralimpik ke-20, Ashley Irenaus Jeck ketika ini.

Johan acara badminton kelahiran Dalat itu menyatakan hasratnya juga mahu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Rakan saya Azwan yang sama dengan saya dalam kategori kelas dua dan juga Ikhwan yang berada dalam kategori kelas satu, mereka antara lima atlet badminton paralimpik di dunia,” katanya.

Ashley berkata demikian ketika ditemu bual TVS pada Majlis Menghargai Wira dan Wirawati Atlet Para Sukma Dalat baru-baru ini.

“Saya akan mencuba sedaya upaya untuk bersaing secara sihat dengan mereka agar saya juga berjaya melayakkan diri mewakili negara,” ujarnya.

Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan ini juga mengakui walaupun ada kekangan masa untuk dirinya mengulang kaji pembelajarannya sebelum ini namun pelajaran tetap menjadi keutamaan.

“Ini kerana bagi saya pelajaran dan karier sukan mempunyai kepentingan masing-masing yang akan membentuk kehidupan saya selepas ini,” ujarnya.

Turut ditemui, pemenang emas Paralimpik bagi acara pingpong, Sim Siew Ling yang menitip pesan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) untuk memiliki keyakinan diri walaupun mempunyai kekurangan fizikal.

“Kepada warga OKU di luar sana, kita bukanlah kurang upaya, malah kita ada kelebihan sendiri yang tidak pada orang lain. Jika anda meminati sesuatu sukan, jangan biarkan perasaan malu menghentikan anda. Contohi saya walaupun saya terlambat menyedari kemampuan dan kelebihan saya,” tegasnya.

Beraksi buat pertama kali pada SUKMA Paralimpik, menurut Sim kejayaan yang dilakar merupakan memori indah setelah bertungkus-lumus menjalani latihan selama beberapa bulan. 

Menurutnya, sejak penglibatan beliau masyarakat di Dalat sentiasa meluangkan masa untuk bermain pingpong bersamanya menjadikan dirinya tidak pernah merasa tertekan ketika berlatih.

“Saya akan terus berlatih dan menyertai sukan Paralimpik pingpong jika diberi peluang untuk bertanding,” tambah beliau lagi. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan