Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto MOF.

Abang Johari berjaya selesai pelbagai isu lingkari Sarawak dan Putrajaya – Tengku Zafrul

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya menyelesaikan pelbagai isu membabitkan negeri itu dengan Putrajaya, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Kewangan itu berkata, langkah yang dilaksanakan oleh Premier Sarawak itu juga dilihat telah melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sarawak.

“Saya sangat kagum dengan Kerajaan Sarawak kerana sentiasa fokus dan produktif dalam pelbagai perbincangan demi kebaikan Sarawak,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama TVS di sini.

Tengku Zafrul berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak juga telah berjaya menyelesaikan isu seperti Perjanjian Penyelesaian Komersial dan perwakilan dalam pelbagai lembaga dan agensi di Kerajaan Persekutuan.

“Kini di bawah Kementerian Kewangan, tumpuan adalah untuk mengurangkan jurang pembangunan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Kita dapat melihat pembentangan Bajet 2023 baru – baru ini, peruntukan kepada Sarawak dan Sabah telah ditambah.

“Ini kerana kita (Kerajaan Persekutuan) tahu Sarawak mempunyai potensi besar kepada Malaysia,” katanya.

Menerusi pembentangan bajet pada 7 Oktober lepas, Sarawak dijangka menerima peruntukan sebanyak RM5.4 bilion, iaitu peningkatan RM800 juta berbanding 2022.

Tambah Tengku Zafrul, tumpuan kerajaan pusat adalah untuk membantu dan menyokong pertumbuhan ekonomi di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan