Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Sarawak capai sasaran sedia bekalan air dan elektrik seluruh negeri

ByDayu Adruce

KUCHING, 9 Nov: Kerajaan Sarawak telah mencapai lebih 50 peratus sasaran dalam penyediaan bekalan air dan elektrik di seluruh negeri.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, liputan bekalan air di bandar kini mencapai 99 peratus, manakala di luar bandar mencapai 67.2 peratus.

“Untuk bekalan elektrik pula, Sarawak kini telah mencapai 99.9 peratus liputan di bandar dan 97 peratus di luar bandar,” ujarnya menerusi program bual bicara Malaysia Decides terbitan TVS hari ini.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi telah membuat perancangan terperinci selain menyediakan peruntukan besar bagi memastikan bekalan air dan elektrik di Sarawak mencapai tahap liputan 100 peratus menjelang tahun 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai ini juga menambah sebanyak RM125.30 juta telah diperuntukkan kerajaan Sarawak untuk melaksanakan 30 projek bekalan air menjelang tahun 2023.

“Sebanyak 23 projek merupakan projek sedia ada dan masih dalam perlaksanaan sementara tujuh lagi adalah projek baharu,” ujarnya pelaksanaan pembangunan projek membabitkan dua strategi iaitu Sistem Grid Bekalan Air dan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Menerusi sesi bual bicara itu juga Dr Abdul Rahman mendedahkan kerajaan Sarawak bakal mewujudkan satu entiti khas dalam tempoh dua tahun ini bagi memperkasa pengurusan air bersih terawat yang lebih efisyen.

“Entiti khas ini akan melaksanakan pelaksanaan bekelan air dengan lebih efisyen, jadi kita akan berusaha untuk menyatukan empat agensi yang sedia ada menjadi satu sistem,” ujarnya.

Menurutnya, ketika ini terdapat empat agensi yang terlibat dalam pembekalan air bersih iaitu Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Laku Management Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman turut memberitahu tiga kaedah utama perkhidmatan elektrik melalui Sarawak Energy Berhad bagi memastikan seluruh Sarawak mendapat bekalan elektrik.

“Pertama dengan kaedah penyambungan melalui sistem grid terutamanya di kawasan yang ada akses jalan raya, keduanya melalui sistem ‘off grid’ iaitu dengan menggunakan sistem hibrid ataupun sistem solar,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau kerajaan Sarawak turut mewujudkan Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) bagi membantu penduduk luar bandar yang tinggal di luar talian grid elektrik menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

Dr Abdul Rahman menambah Bantuan Dana Pemohon Tambahan atau Lewat (Additional and Late Applicant Fund, ALAF) telah diperuntukkan di bawah Projek Rakyat untuk rumah baharu dibina.

“Program ALAF telah memberi manfaat kepada 771 buah kampung dan rumah panjang, iaitu berjumlah 10,027 isi rumah di seluruh Sarawak sejak ia mula diperkenalkan dan setakat ini masih ada 25,000 yang menunggu,”ujarnya.

Inisiatif-inisiatif yang disediakan jelasnya sejajar dengan manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bagi memperluaskan perkhidmatan bekalan air dan  elektrik di seluruh pelusuk negeri ini menjelang Sarawak bergelar negeri maju pada tahun 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan