Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johnny Pang meninjau tapak pembinaan sistem perparitan di Kampung Assyakirin Fasa 2 di Bintulu. Foto TVS.

PRU-15: Masalah sistem perparitan Kampung Assyakirin 2 bakal selesai

BINTULU, 9 Nov : Kerja-kerja pembinaan sistem perparitan di Kampung Assyakirin Fasa 2, di sini,  yang tergendala akibat beberapa masalah dalaman perlu ditangani secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang berkata, satu perjumpaan membabitkan agensi atau jabatan berkaitan harus diadakan dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian.

Perparitan di Kampung Assyakirin Fasa 2, Bintulu.

Ini kerana, beliau berkata, langkah sewajarnya perlu diambil sebelum musim tengkujuh pada penghujung bulan ini atau awal Disember depan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Saya akan meminta penduduk mempengerusikan mesyuarat untuk semua agensi yang berkaitan termasuklah sambungan haram dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) datang untuk menyelesaikan perkara ini. Saya tidak mahu selesaikan masalah apabila sudah berlakunya banjir.

“Jadi, kita perlu bersiap sedia kerana musim tengkujuh akan tiba tidak lama lagi pada bulan Disember atau akhir bulan November. Jadi, saya tidak mahu ada alasan ‘Projek Sakit’ tetapi kita perlu bersiap sedia,” katanya kepada pihak media semasa meninjau tapak pembinaan sistem perparitan itu di Kampung Assyakirin Fasa 2 di Bintulu semalam.

Katanya lagi, beliau berasa terkilan kerana mengetahui ‘Projek Sakit’ tersebut setelah dilaporkan tergendala selama setahun.

“Jadi, kita melihat banyak isu dan sebab itulah tidak hairan rakyat sering menyalahkan dan mengeluh. Kami di Pusat Khidmat Tanjong Batu tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah sebesar ini,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan