Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai menggunakan bas perantara yang disediakan berikutan operasi LRT Kelana Jaya digantung selama tujuh hari. Foto tangkap layar media sosial.

KL ‘kecoh’, perkhidmatan LRT Kelana Jaya digantung tujuh hari

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 9 Nov : Ribuan pengguna perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terjejas berikutan operasi di 16 stesen digantung selama tujuh hari bermula hari ini.

Rapid KL memaklumkan stesen yang terjejas ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Abdullah Hukum dan Bangsar.

Turut terkesan ialah perkhidmatan di KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya masih belum dapat dikenalpasti.

“Gangguan tersebut yang mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren menyebabkan tren-tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park,” jelas Rapid Rail menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Rapid Rail, pihaknya memandang serius kejadian ini kerana ia tidak pernah berlaku.

Ketika ini Rapid Rail dibantu oleh satu pasukan khas pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dari Toronto, Kanada bagi mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

“Ini merangkumi ujian-ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada,”kata kenyataan berkenaan.

Ketika ini perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen LRT Gombak ke Stesen LRT Damai serta dari Stesen LRT Lembah Subang ke Stesen LRT Putra Heights.

Berikutan itu, semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal iaitu jam 11 malam bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja-kerja rektifikasi dan baik pulih

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Azharuddin Mat Sah berkata, sebanyak 69 bas disediakan untuk menyokong bas perantara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan