Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kampung Lebor,Serian sentiasa mendapat perhatian kerajaan demi kemajuan penduduknya.Foto:TVS

PRU-15: Kampung Lebor nikmati kemudahan pertanian

ByNazirah Adlina

SERIAN, 9 Nov: Kampung Lebor di sini, sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Sarawak menerusi bantuan khususnya memajukan sektor pertanian.

Ketua Kaum Kampung Lebor, Nilang Enjah berkata, sejak lima tahun lalu, penduduk kampungnya telah diberi mesin, baja dan racun untuk menjalankan kerja-kerja pertanian.

Beliau memberitahu, pelbagai projek telah dijalankan untuk merancakkan lagi aktiviti pertanian di Kampung Lebor.

“Antara projek-projek yang telah dibangunkan serta mendapat bantuan daripada kerajaan adalah projek tanaman getah yang turut dibantu pihak RISDA dan juga projek durian musang king yang dibantu IADA Samarahan.

“Selain daripada itu, banyak juga bantuan daripada Jabatan Pertanian seperti projek-projek kecil, tanaman sayur-sayuran, bantuan tanaman lada hitam dari segi input seperti baja dan racun,” katanya ketika ditemui pemberita TVS di kediamannya di Kampung Lebor.

Nilang yang menyifatkan Kerajaan Sarawak sebagai kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat tempatan, turut menceritakan tentang pembangunan yang dikecapi penduduk kampung.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini pembangunan yang dialami amatlah memberansangkan. Banyak projek-projek yang telah dibina oleh kerajaan  untuk membantu rakyat di Kampung Lebor ini, antaranya jalan raya bertar, lampu jalan, bekalan elektrik dan bekalan air pun sudah ada,” katanya.

Selain menyuarakan penghargaannya, Nilang turut berharap agar lebih banyak lagi bantuan akan dihulurkan oleh kerajaan pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan