Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Henry menyempurnakan simbolik perasmian. foto: Suara Sarawak

PRU-15: GPS mahu menang tiga kerusi Bidayuh, jadi wakil kuat di Parlimen

BySuara Sarawak

BAU, 8 Nov : Kemenangan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di tiga kerusi Bidayuh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membolehkan Ahli Parlimen dan Adun GPS bekerjasama membangunkan kawasan mereka.

Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Henry Harry Jinep berkata, GPS harus menang di kerusi Mas Gading, Puncak Borneo dan Serian dalam memastikan perwakilan yang kuat dan menjadi suara untuk kira-kira 200,000 kaum Bidayuh di Parlimen.

Katanya, kaum Bidayuh tidak seharusnya ketinggalan dan bergerak maju seiringan dengan kaum lain di bawah kepimpinan GPS.

“Selepas kita menang lapan kerusi Dun kita dapat balasan daripada pemimpin. Mereka umumkan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA).

“Kesemua jajaran Bidayuh termasuk Tanjung Datu akan dibangunkan dalam agensi itu dan peruntukkan turut diberikan.

“Ia kerana mereka telah melihat Bidayuh menyokong kerajaan hari ini dan menunjukkan kita mahu maju ke hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Pusat Pembangunan dan Intervensi Komuniti Pemulihan OSC bagi MIDS Daerah Bau, di sini hari ini.

Beliau mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah pada perasmian tersebut.

Henry yang juga Adun Tasik Biru berkata, kemenangan GPS pada lapan kerusi Bidayuh pilihan raya negeri juga membuktikan kekuatan, kesepaduan dan kebersamaan kaum tersebut.

Justeru katanya, 19 November ini merupakan penentu bagi kaum Bidayuh, muda dan tua dalam menentukan masa hadapan yang lebih baik.

Dalam pada itu, beliau berkata, Calon GPS Mas Gading Lidang Disen menerima respon yang amat mengalakkan dalam kalangan akar umbi sepanjang tempoh berkempen.

Beliau turut memberitahu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan ke Kampung Stenggang pada 16 November ini iaitu ke kampung halaman Lidang.

Katanya, Kampung Stenggang mempunyai bilangan pengundi yang besar justeru memerlukan suntikan untuk memperoleh kemenangan bergaya untuk kerusi Mas Gading.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan