Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sharifah Hasidah mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik perasmian

MIS rangka hala tuju strategik memperkasakan industri halal

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Nov : Majlis Islam Sarawak (MIS)  merangka hala tuju yang strategik untuk meperkasakan pengurusan halal di Sarawak termasuk mengeluarkan Surat Perakuan Halal Majlis Islam untuk mengembangkan ekonomi industri halal bersaiz mikro.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata sebanyak 746 premis di negeri ini telah mendapat pengiktirafan sijil Halal.

“Angka ini akan menarik lebih banyak pelancong dari negara Timur ke negeri ini dan juga pelaburan yang mesra Islam,” katanya.

Sharifah Hasidah berkata demikian ketika mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di majlis pelancaran Kempen Inisiatif Bajet 2022 Sempena Program Jelajah Halal Malaysia Sarawak di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak menyokong penuh pelaksanaan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) yang bersandarkan tujuh teras strategik utama.

Jelasnya, tujuh teras tersebut merangkumi menggalakkkan tawaran industri halal yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing, membangunkan syarikat-syarikat tempatan yang berdaya saing, serta memacu peningkatan sosio-ekonomi yang lebih mampan, seimbang dan menyeluruh.

“Pelan ini juga dilihat bergerak seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang memberi penekanan terhadap sektor pertanian untuk mengeluarkan makanan berkualiti dari segi nutrisi, baik untuk diet dan kesihatan seterusnya memacu Sarawak maju menjelang 2030,” ujarnya yang membaca teks ucapan Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan