Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis perjumpaan dengan pengerusi dan ahli jawatankuasa empat cawangan PBB di Bahagian Sri Aman di Sri Aman pada Isnin.

Kukuhkan kerjasama dalam parti demi mencapai kemenangan besar – Uggah

SRI AMAN, 8 Nov: Bersatu padu dan kerjasama erat merupakan inti pati untuk mencapai kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) justeru, segala perbezaan wajar diketepikan demi mencapai matlamat.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berkata demikian menambah, matlamat GPS ialah untuk menang di semua 31 kerusi Parlimen dipertandingkan di Sarawak – agar lebih ramai wakil rakyat daripada parti itu di Parlimen.

“Kita mesti berkempen lebih gigih untuk semua calon-calon parti komponen (GPS). Premier (Sarawak) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS mahu kita semua menggandakan usaha agar menang besar.

“Ini juga kali pertama GPS menyertai pilihan raya umum menggunakan simbolnya sendiri. Jadikan kemenangan kita di 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 sebagai inspirasi.

“Kemenangan cemerlang (pada PRU-15) akan meletakkan GPS pada kedudukan terbaik dalam usaha berjuang mengembalikan dan melindungi hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya pada perjumpaan bersama pengerusi dan ahli jawatankuasa empat cawangan PBB di Bahagian Sri Aman, di sini pada Isnin.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata lagi rakyat Sarawak mempunyai asas yang kukuh untuk menyokong GPS.

“Abang Johari membuktikan bahawa dirinya sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi dalam memikirkan cara menjana dan menambah dana negeri,” katanya.

Perjuangan GPS adalah berteraskan slogan Sarawak Diutamakan, justeru undi untuk semua calon GPS adalah untuk Abang Johari, jelasnya.

Baca berita berkaitan:

Manifesto GPS menjamin Sarawak stabil, maju dan makmur

PRU-15: Proses penamaan calon 31 kerusi Parlimen di Sarawak

Manifesto GPS mengandungi lima tonggak utama, 25 teras dan 215 komitmen dan dilancarkan oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad malam.

Menerusi manifesto yang bertemakan ‘Menjamin Sarawak Stabil, Maju dan Makmur’, Abang Johari berkata  PRU-15 menentukan hala tuju dan masa depan rakyat Sarawak dan Malaysia. 

“Sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia, rakyat Sarawak mesti memastikan kemenangan besar dan bergaya GPS. 

“Para pengundi Sarawak yang dicintai perlu membuat pilihan bijak dengan memilih GPS demi kestabilan politik dan sosial, kemajuan dan pembangunan serta kemakmuran ekonomi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan