Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nanta semasa merasmikan Program Pengukuhan Literasi Fungsian (PLF) di Sungai Yong. Foto: Febbright James (TVS)

Kapit bakal ada Kolej Profesional Mara

ByFebbright James

KAPIT, 8 Nov : Pembinaan Kolej Profesional Mara di Kapit melambangkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memfokuskan kepada pembangunan insaniah terutamanya melahirkan golongan belia yang berkualiti dan berkemahiran.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata khabar baik ini menjadikan penduduk Kapit juga tidak ketinggalan dalam menikmati pendidikan berkualiti.

“Semasa saya menjadi timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), saya melihat banyak bantuan yang diberikan kepada kolej dan institusi. Oleh itu, saya memohon untuk dibina satu Kolej Profesional supaya golongan belia di Kapit dapat menyambung pelajaran disini terlebih dahulu sebelum melangkah ke tempat yang lebih jauh,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Nanta menegaskan penyediaan Institusi Pengajian Tinggi di Kapit itu akan menjadi permulaan kepada mereka untuk menimba ilmu sebelum melangkah ke universiti.

“Apabila mereka berjaya kita berharap mereka akan membawa satu perubahan kepada kawasan di Kapit ini,” ujarnya.

Menurut Nanta, kolej berkenaan sepatutnya dilaksanakan tahun 2018 namun begitu telah dibatalkan oleh Pakatan Harapan (PH) ketika parti itu mengambil alih kerajaan.

Namun kini ujarnya, di bawah kerajaan sekarang pembinaan diteruskan dan dengan peruntukkan yang telah diluluskan.

“Kolej ini akan dibina di Jalan Yong dan diharap dapat memudahkan anak muda menampung pelajaran terutamanya dari kerluarga yang kurang pendpatan kerana kos untuk belajar di luar kawasan amat tinggi ,” tambahnya.

Ditanya sejauh mana proses pembinaan berjalan, beliau memaklumkan proses menyemak kawasan tanah yang terlibat bagi penyediaan pampasan sedang diusahakan seterusnya pembinaan akan dimulakan setelah proses berkaitan selesai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan