Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nanta menyantuni penduduk setempat semasa Majlis Pemimpi Bersama Rakyat. Foto: Febbright James (TVS)

Isu kenaikan harga ayam, telur jadi ‘modal’ kempen pihak lawan

ByFebbright James

KAPIT, 7 Nov : Isu kenaikan harga ayam dan telur terus menjadi ‘modal’ untuk sesetengah pihak berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk meraih sokongan pengundi.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Kapit yang juga menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Daro Sri Alexander Nanta Linggi menasihati orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan tuduhan pihak lawan yang hanya menjadikan isu tersebut sebagai agenda berkempen.

“Orang ramai perlu memahami faktor penyumbang kepada kenaikan harga komoditi agar tidak mudah terpengaruh dengan tuduhan segelintir pihak yang hanya mahu meraih undi. Ingin saya jelaskan disini, KPDNHEP sentiasa komited untuk memastikan harga barangan keperluan terutamanya ayam dan telur tidak naik,” katanya.

Nanta berkata demikian ketika berucap semasa Program Pengukuhan Literasi Fungsian (PLF) di Rumah Untang Jirau, Sungai Yong Kapit baru-baru ini.

Bahkan jelas Nanta, sepanjang tahun 2022 kerajaan telah membelanjakan RM1.3 bilion untuk menyediakan subsidi kepada rakyat.

“Jumlah ini akan terus meningkat setiap bulan sehingga mencecah RM77 juta. Selain itu, subsidi lain termasuk subsidi minyak masak paket dan penyeragamkan harga barang yang masih diteruskan sehingga sekarang,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Nanta memaklumkan salah satu faktor kenaikan harga ayam dan telur adalah disebabkan kos pengeluaran di ladang khususnya harga makanan ternakan import dan harga pasaran yang terus meningkat akibat pandemik Covid-19.

“Ini memberi kesan bukan sahaja kepada Sarawak bahkan seluruh negara. Namun kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program intervensi bagi mengekang kenaikan harga yang mendadak yang membebankan rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, KPDNHEP telah menyemak dan menjalankan kajian di kilang ayam terutamanya kilang yang menggunakan kaedah penternakan moden.

“Jadi kami dapati kilang tersebut sangat bersih serta memiliki penghawa dingin. Jadi kesannya kos elektrik, penyelenggaraan fasiliti serta harga baja yang meningkat menjadi faktor kenaikan harga ayam dan telur,” tegasnya.

Menurutnya, kilang-kilang kini kebanyakkan menggunakan kaedah moden kerana ayam lebih selamat dan tidak diserang virus yang boleh menyebabkan penyakit agar selamat untuk pengguna.

Oleh hal demikian, beliau menasihati pihak berkenaan untuk berhenti menggunakan isu tersebut untuk mempengaruhi pengundi kerana kebanyakan tuduhan adalah tidak berasas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan