Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi pada sesi kempen di Kampung Pangkalan Rejab. Foto TVS.

GPS martabat Sarawak capai negeri maju 2030

LIMBANG, 8 Nov : Manifesto yang dilancarkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukti jelas parti itu mahu memartabatkan Sarawak  mencapai negeri maju menjelang 2030.

Calon GPS bagi kerusi Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata, manifesto bertemakan ‘Menjamin Sarawak Stabil, Maju, Makmur’ mengandungi lima tonggak iaitu politik, sosial, ekonomi dan kewangan stabil dan mampan yang diterajui kepimpinan yang mengutamakan masa depan Sarawak.

Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menambah manifesto tersebut turut merangkumi pembangunan infrastruktur dan kemudahan bandar serta luar bandar demi kesejahteraan rakyat.

“Manifesto adalah tempat untuk memartabatkan wilayah Sarawak dalam Malaysia dan untuk memajukan negeri kita menjelang tahun 2030 dan semuanya untuk memperjuangkan hak-hak Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

“Ini adalah bertepatan dan semangat mantap untuk kita di Sarawak,” katanya ketika ditemui media pada sesi kempen di Kampung Pangkalan Rejab hari ini.

Hasbi berkata, selain kempen secara fizikal, beliau turut menggunakan paltform media sosial seperti facebook dan sebagainya untuk berkempen dan mendekati pengundi, kaedah berkempen secara bersemuka akan diteruskan mengikut kawasan, kampung dan rumah panjang di Parlimen Limbang sepanjang tempoh 14 hari ini.

“Parlimen Limbang ini mempunyai kawasan yang luas, saya kena bahagi-bahagikan tempat kawasan Iban, tempat kawasan Bisaya.

“Macam semalam saya pergi satu tempat kawasan Iban, satu tempat kawasan Bisaya, malam di kawasan Melayu, hari ni pula pesisir sungai inilah, petang nanti saya pergi Rumah Manggi sana ada enam buah rumah panjang berkumpul,” katanya.

Oleh itu,jelas beliau, sokongan rakyat amat perlu bagi membolehkan GPS memenangi 31 kerusi pada PRU15 ini.

“Kemenangan GPS pada PRU15 ini akan memberi kuasa yang lebih kuat dan mantap kepada GPS untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak bukan saja di negeri ini malah di peringkat persekutuan, “tambahnya – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan