Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bryan Junency membawa pulang pingat emas untuk acara powerlifting sukan para SUKMA edisi kali ini. - Foto: Faitullah Morni.

Sarawak naib johan Sukan Para SUKMA 2022

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kontinjen Sarawak tetap mengungguli Sukan Para SUKMA Malaysia Edisi 2022 meskipun sekadar berpuas hati sebagai naib johan pada temasya itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Sarawak berjaya mendominasi pungutan pingat secara keseluruhan pada temasya sukan kali ini.

“Kita hanya dibezakan empat pingat emas sahaja berbanding johan (Sabah), pingat kita lebih banyak dari Sabah secara keseluruhan iaitu 146.

“Saya berbangga kerana tujuh rekod baharu telah kita catat untuk Sukma kali ini, anda semua luar biasa, ” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan Sukan Para Sukma 2022 bersama kontinjen Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Pada edisi sukma kali ini, Sabah berjaya mencetus sensasi apabila berjaya muncul sebagai johan keseluruhan buat kali pertama.

Sabah mengungguli carta dengan pungutan 54 emas, 36 perak dan 35 gangsa, Sarawak sebgai naib johan berjaya memungut 50 emas, 47 perak, 49 gangsa manakala johor di kedudukan ketiga berjaya merangkul 38 emas, 30 perak, 25 gangsa.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan