Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom ketika sidang media di Institut Pertanian Sarawak (IPS), Semenggok, hari ini. Foto: Zaim Zharfan

PRU-15: Manifesto GPS bersifat realistik

KUCHING, 7 Nov : Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bersifat realistik dan mampu diterjemahkan sekiranya diberi mandat rakyat untuk membawa suara Sarawak ke Parlimen.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom menegaskan perkara itu terbukti sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Sarawak  Ke-12 (PRN-12) dengan manifesto yang diterjemahkan kepada dasar Sarawak khususnya dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

“Manifesto GPS yang pertama  ialah realistik, kedua ialah janji yang kita dapat lakukan dan ketiga  kita  tidak menjanjikan bulan dan bintang yang senang di dengar orang.

“Kita lihat 22 bulan janji Pakatan Harapan (PH) apa jadi kepada tiga Perdana Menteri, sampai hari ini kita tidak dapat apa-apa, jadi Sarawak mesti menjaga Sarawak dan ia tanggungjawab rakyat Sarawak untuk menjaga negeri, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Karnival Jalinan Tani 2022 dan perasmian Pusat Latihan Kemahiran Pertanian Institut Pertanian Sarawak (IPS) Semenggok di sini, hari ini.

Turut hadir dua Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail dan Maclanie Ben @ Martin Ben, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datu Edwin Abit dan Pemangku Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena merangkap Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah meminta rakyat Sarawak supaya bijak membuat pilihan dalam PRU-15 dengan mengingati pesanan bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem supaya menjaga negeri ini dengan baik.

“Ingat Tok Nan pesan jaga Sarawak baik-baik sampai mati, pesanan itu  kena ingat bukan sahaja saya tetapi kita semua, “ ujarnya

Katanya, pesanan itu disebabkan beliau tahu bahawa keadaan hanya terjamin sekiranya rakyat Sarawak bersatu hati, bekerjasama dan berusaha menjaga hak Sarawak dan meneruskan pembangunan.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan manifesto GPS bertemakan ‘Menjamin Sarawak Stabil, Maju dan Makmur’ yang merangkumi satu hala tuju, 55 tonggak utama, 25 teras dan 215 komitmen.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan