Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Dato Sri Doris Sophia Brodie pada majlis perjumpaan di Sri Aman, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak.

PRS buat keputusan tepat calonkan Doris di Parlimen Sri Aman – Uggah

SRI AMAN, 7 Nov: Parti Rakyat Sarawak (PRS) membuat keputusan yang tepat dalam mencalonkan Ketua Wanitanya, Dato Sri Doris Sophia Brodie sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut pengarah pilihan raya GPS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Doris bukan sahaja berpengetahuan luas tetapi tegas, berkemampuan dan berpengalaman luas dalam politik.

“Doris memiliki kualiti yang diperlukan sebagai seorang pemimpin ke arah masa depan yang cemerlang, justeru untuk pilihan raya umum ini, pengundi-pengundi di Sri Aman tidak perlu membuang masa mengundi calon pembangkang,” katanya.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata demikian pada majlis perjumpaan dengan penduduk Sri Aman anjuran Wanita PRS di sini, hari ini.

Perjumpaan itu dihadiri lebih 1,000 orang yang majoritinya wanita.

“Pada Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, anda telah memilih semua enam calon GPS dalam Bahagian ini (Sri Aman).

“Ini menunjukkan anda semua mahukan pembangunan, anda mahu kemajuan. Tolong ulang keputusan yang bijak ini untuk kerusi Sri Aman dan Lubok Antu pada PRU-15,” katanya.

Pembangunan lebih rancak akan dilaksanakan dengan penubuhan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) oleh kerajaan GPS pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Premier telah memperuntukkan RM1.5 bilion untuk SADA bagi membiayai pelbagai program dan projek pembangunan.

“Inilah cara GPS menjaga rakyat, terutama mereka yang di luar bandar dan ini hanyalah salah satu dari inisiatif yang banyak,” katanya.

Pada PRU-15, Doris bertanding menentang tiga calon lain – Wilson Entabang daripada Parti Bersatu Sarawak (PSB), Datuk Masir Kujat (Bebas) dan Tay Wei Wei (PKR).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November dan undi awal pada 15 November.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan