Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kehadiran Calon GPS Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii (kanan) disambut mesra penduduk Bintangor. Foto: TVS

Pembangunan seimbang untuk rakyat Sarikei

SARIKEI, 7 Nov : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii memberi tumpuan khusus untuk membangunkan kawasan itu melalui pendekatan seimbang dengan mengutamakan pembangunan infrastruktur dan modal insan.

Sehubungan itu, beliau bertekad untuk membawa tuju pembangunan Sarikei dan Meradong ke arah yang lebih baik, selain memanfaatkan sepenuhnya pengalaman sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, membina jaringan jalan raya yang lebih baik di kawasan kampung merupakan salah satu tumpuannya selain tidak mengabaikan aspek kebajikan dan pendidikan dalam kalangan generasi muda.

“Saya anak jati Sarikei dan ibu saya pula berasal dari Tulai Bintangor. Sebagai anak tempatan, saya tahu aspirasi rakyat yang mahukan pembangunan. Saya berharap mendapat sokongan semua pihak agar impian itu dapat direalisasikan,” katanya kepada media selepas berkempen di Bintangor, pada Ahad.

Tiong Sii berkata, kedua-dua aspek itu amat penting dalam usaha memastikan penduduk sarikei menikmati kehidupan yang lebih terjamin dan selesa.

Pada masa yang sama katanya, penduduk Sarikei bertuah kerana tidak tersisih dalam arus pembangunan, malah mendapat manfaat daripada pelbagai projek yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Malah ujarnya, pelaksanaan projek berimpak tinggi merupakan bukti jelas keprihatinan kerajaan dalam usaha memastikan Sarikei tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Sehubungan itu, saya amat berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden SUPP Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian memberikan peluang kepada saya untuk menjadi calon Parlimen Sarikei.

“Saya akan memanfaatkan peluang yang diberikan itu dengan sebaik-baiknya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan