Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan meningkat 3.0 peratus pada suku ketiga 2022

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) bagi suku ketiga 2022 meningkat 3.0 peratus kepada 113.8  daripada 110.5 pada suku yang sama 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan ini didorong terutamanya oleh indeks kesenian, hiburan dan rekreasi (7.5 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (7.0 peratus), pengangkutan (4.9 peratus) dan pendidikan (1.1 peratus).

“Manakala subsektor profesional dan kesihatan masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus diikuti aktiviti hartanah 0.3 peratus bagaimanapun, indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, IHPRP meningkat kepada 1.7 peratus.

Peningkatan ini disumbangkan oleh subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi (4.3 peratus), pengangkutan (4.1 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (2.5 peratus) dan pendidikan (0.3 peratus).

Indeks bagi subsektor profesional dan kesihatan masing-masing pula mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus. sementara itu, tiada perubahan dicatatkan bagi indeks subsektor aktiviti hartanah dan maklumat dan komunikasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan