Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin (lima kiri) bergambar bersama para nelayan yang menerima jaket kecemasan .Foto TVS

Siap siaga hadapi banjir

MIRI, 6 Nov : Masyarakat perlu didedahkan dengan ilmu dan tindakan menghadapi banjir yang dijangka akan berlaku dalam masa yang terdekat bagi mengurangkan risiko kemalangan jika berlakunya banjir dalam musim tengkujuh dan memastikan tindakan pantas dapat dilakukan apabila berlakunya kecemasan sebelum bantuan tiba.

Oleh itu, pihak Kementerian Pengangkutan Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan program persediaan bagi meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat menghadapi musim tengkujuh ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin meminta agar nelayan menggunakan bot mereka untuk membantu penduduk secepat mungkin apabila berlakunya kecemasan.

“Kalau ada kecemasan memerlukan bot-bot untuk membantu melibatkan penduduk, tolonglah mereka. Kalau ada jiran menghadapi kecemasan, saya minta nelayan yang ada bot untuk tolong menyelamatkan mereka.

“Kalau kita tunggu bomba sampai, mereka mungkin datang lewat, yang boleh membantu dan menyelamatkan kita dengan cepat ialah orang kita,” katanya semasa Program Kempen Kesedaran Kebersihan Awam  dan Keselamatan Sungai di Kampung Piasau Utara hari ini.

Katanya, ibu bapa juga diingatkan untuk sentiasa mengawasi anak-anak mereka ketika musim banjir kerana kanak-kanak suka bermain air banjir di persekitaran rumah.

‘Kita juga ingin menekankan agar kebersihan di kawasan persekitaran sungai untuk diambil berat bagi menjaga punca pendapatan penduduk lain dan mengelak penyakit berjangkit dari menular ketika hujan.

Seramai 130 peserta hadir ke program tersebut yang terdiri daripada nelayan dan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. 

Antara aktiviti yang diadakan ialah seperti sesi ceramah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, dan penyerahan jaket keselamatan kepada para nelayan di kawasan tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan