LIMBANG, 6 Nov: Penyertaan calon Pakatan Harapan (PH) yang mahu mencuba nasib di kerusi Parlimen LimbangĀ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini tidak boleh diperlekehkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, ini kerana calon-calon bertanding pastinya mempunyai peluang untuk menambat hati penyokong serta para pengundi lebih-lebih lagi pada tempoh berkempen.
āPerjuangan itu sangat penting dan jangan ada istilah merasa selesa serta terlalu yakin atau merendah-rendahkan cabaran pihak lawan.
āIni kerana pihak lawan merupakan kumpulan besar di Malaysia dan berjuang untuk membentuk kerajaan.ā katanya ketika berucap pada Program Pengukuhan Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Sabtu.
Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman juga menegaskan kubu kuat GPS di Limbang harus dipertahankan menerusi undi daripada rakyat.
āKita mahu GPS menjadi kumpulan yang kuat supaya kita dapat memperjuangkan kehendak dan kepentingan rakyat Sarawak.ā
āSebab itulah kita tidak mahu orang luar ataupun kumpulan luar menang di Sarawak untuk menentukan hala tuju kita (Sarawak), kerana sama seperti tempat lain, Limbang masih memerlukan pembangunan-pembangunan untuk rakyat di sini,ā tegasnya.