Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama penerima bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-agama Lain Fasa 2/2022. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Pinda RUU anti-lompat parti di Persidangan DUN hujung bulan ini

BySalasiah Safian

SRI AMAN, 6 Nov : Kerajaan Sarawak akan meminda Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hujung bulan ini.

Hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu bertujuan untuk memperkukuhkan RUU sedia ada.

“Kalau banyak katak, susah kita. Kuat berbunyi tetapi kerja tiada. Maka kita akan pinda Rang Undang-undang anti-lompat parti Sarawak juga. Kalau dia menang sebab bebas, susah adik-kakak, susah,

“Kalau nak lompat, sila. Ini kali pertama saya mendedahkan bahawa kami akan meminda undang-undang kita. Tiada tempat lain, hanya di Engkilili. Jadi jangan sia-siakan peluang hendak memilih wakil rakyat di tempat anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jelajah Sarawakku Sayang di Dewan Serbaguna Engkilili, di sini hari ini.

Abang Johari menegaskan rakyat di Sarawak menginginkan pemimpin yang baik, bukannya ‘katak’ yang asyik melompat parti.

Bagi beliau, politik bukan platform untuk kepentingan peribadi tetapi landasan untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Sudah 40 tahun lebih perjalanan kami dan kami memberikan tumpuan yang lebih penting kepada rakyat dan parti Sarawak. Selebihnya, kita serahkan kepada Tuhan,” ujarnya.

Mengenang kembali sewaktu zaman kepimpinan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri, Abang Johari memberitahu beliau akur terhadap keputusan Pehin Sri Abdul Taib memberi laluan kepada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri ketika itu.

“Saya sebagai Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ketika itu, beliau (TYT) berkata beri laluan kepada Tan Sri Adenan dahulu. Saya kata ya, saya sokong, Datuk Patinggi Alfred Jabu pun sokong kerana kami percaya semua ini Tuhan yang menentukan,” jelasnya situasi berkenaan adalah amalan PBB berpolitik.

Dalam pada itu, bercakap mengenai Hari Mengundi beliau mengingatkan penduduk di Engkilili untuk membuat pilihan yang terbaik pada 19 November ini demi masa depan dan pembangunan di kawasan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan