Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg nyuaka bup manifesto ngagai Datuk Amar Datuk Amar Douglas Uggah Embas seraya dikemataka bala bukai maya Pengawa Bejadika Manifesto GPS ba BCCK, malam tadi. Foto Amirah Shawel (TVS).

Manifesto GPS: ‘Ini aku janji dan komitmen kami’

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 6 Nov : Ikrar manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS)  ‘Ini aku janji dan komitmen kami’ memperlihatkan keempat-empat parti komponen sebulat suara menjamin kestabilan Sarawak demi bergelar negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan hanya pemimpin tempatan dalam GPS (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu – PBB, Parti Rakyat Sarawak – PRS, Parti Demokratik Progresif – PDP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak –  SUPP) yang memahami kehendak rakyat Sarawak.

“Sebagai gabungan parti politik tempatan yang berwibawa dan mengutamakan kepentingan Sarawak, GPS komited memperjuangkan dan mengembalikan hak dan keistimewaan Sarawak selaras dengan aspirasi asal penubuhan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Manifesto GPS di BCCK di sini, hari ini.

Tegas Abang Johari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menentukan hala tuju dan masa depan rakyat Sarawak dan Malaysia.

“Mandat penuh pengundi Sarawak membolehkan GPS mempunyai suara yang kuat di Parlimen,” ujarnya.

Bilangan perwakilan Sarawak yang ramai dalam Parlimen tegas beliau diyakini menentukan undang-undang yang digubal sekali gus memberi manfaat kepada Sarawak.

“Sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia, rakyat Sarawak mesti memastikan kemenangan besar dan bergaya Gabungan Parti Sarawak (GPS),” jelasnya.

Justeru, Premier Sarawak itu amat mengharapkan rakyat negeri ini bijak menbuat pilihan dengan memilih GPS demi kestabilan politik dan sosial, kemajuan dan pembangunan serta kemakmuran ekonomi.

Sokongan kuat kepada GPS amat penting kata Abang Johari demi masa depan Sarawak dan Malaysia yang lebih gemilang dan terjamin.

“Saya merayu agar rakyat Sarawak memberi sokongan padu dan mengundi GPS demi menjadikan Sarawak wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” tegasnya.

Terdahulu, Abang Johari melancarkan manifesto terkandung 64 halaman dengan intipati Satu hala tuju, lima Tonggak utama, 25 Teras dan 215 Komitmen bagi jaminan masa depan Sarawak yang maju dan gemilang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan