Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kampung Awat-Awat, Lawas. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Lawas ingin pembangunan berterusan, menolak ‘omong kosong’

ByOdleen Catherny

LAWAS, 6 Nov : Membawakan pembangunan yang berterusan serta menolak ‘omong kosong’ adalah kriteria penduduk Lawas memilih wakil rakyat.

Pendirian sedemikian diluahkan oleh rata-rata penduduk Kampung Awat-Awat, Lawas ketika tinjauan TVS di lokasi pada hari ini.

Bakal mengundi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, Norhaniemah Muhd Hidayat berpandangan sebagai anak muda dirinya mahu pembangunan di Lawas diperhebatkan lagi.

“Bagi pendapat saya, saya mahu wakil rakyat nanti yang pandai membuat kerja, bukan yang lebih bercakap kosong sahaja. Boleh meningkatkan dan membaik pulih apa sahaja yang diperlukan di Lawas,” ujarnya.

Pendapat serupa ditegaskan oleh Rosdi Mahidi susulan beliau akui penduduk di Lawas mendambakan pembangunan yang berjaya.

“Untuk kriteria wakil rakyat, saya pilih personalitinya dengan kepintaran yang jelas dan kerja-kerja yang dilakukan pun nampak,” katanya sambil menekankan rakyat Sarawak menginginkan infrastruktur yang lengkap terutamanya dari aspek bekalan elektrik, air bersih, telekomunikasi demi kesejahteraan bersama.

Sementara, Kaunselor Matamin Ahmad yang berpuas hati dengan pergerakan pembangunan yang ada di Lawas percaya bahawa  kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu merealisasikan impian penduduk bukan sahaja di Lawas malahan di seluruh negeri ini.

“Setakat ini, Alhamdullilah kita amat merasakan pembangunan yang telah dibawa oleh kedua-dua pemimpin kami, iaitu daripada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri khususnya kerana boleh dikatakan pembangunan disalurkan secara tidak putus-putus sama ada di peringkat kampung dan juga di Daerah Lawas seperti yang kita nampak pada hari ini,” jelasnya.

Terdahulu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Henry Sum Agong mulai berkempen bersama jenteranya dengan meluangkan masa bersama peniaga-peniaga di Pasar Tamu Minggu Kampung Awat-Awat.

Pada PRU-14 yang lalu, Dato Henry Sum Agong menang dengan majoriti 6,000 di kerusi Parlimen Lawas menentang calon dari Parti Keadilan Rakyat dan calon bebas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan