Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program ‘Kampung Heritage Trail’ di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai
Program ‘Kampung Heritage Trail’ di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai. Foto: Hafiz Lee (TVS)

Dedah anak muda mengenai sejarah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 Nov: Program ‘Kampung Heritage Trail’ anjuran Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) diadakan sebagai usaha untuk memberi pendedahan mengenai sejarah dan tradisi lama terutamanya kepada golongan muda.

Penyelaras Program, Dr Sharifah Suzana berkata, perlaksanaan program sedemikian adalah bagi memastikan adat tradisional masyarakat Melayu di Sarawak tidak hilang ditelan zaman.

“Dengan penganjuran acara seperti ini secara berkala, sekurang-kurangnya ia dapat memastikan anak-anak muda kita untuk sama-sama mengingat kembali dan mempelajari sejarah.

“Ini adalah seperti program pendidikan untuk generasi baharu kita mempelajari tradisi lama agar ia sentiasa dapat dipelihara,” katanya ketika ditemui TVS pada program ‘Kampung Heritage Trail’ di Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai, di sini, semalam.

Selain itu, Dr Sharifah menambah, kerajaan juga perlu memainkan peranan untuk memastikan usaha mengekalkan tradisi dapat diteruskan.

“Penubuhan OKSHe merupakan satu platform untuk kerajaan menyalurkan bantuan dan dana supaya program-program yang menyumbang kepada usaha untuk kita mengekalkan tradisi lama dapat dilaksanakan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan