Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejadian rusuhan pada hari penamaan calon mencemari hari penamaan calon PRU-15 di Tenom, Sabah. Foto Mazlan Abd Wahab (Facebook)

Rusuhan cemari penamaan calon di Tenom

KOTA KINABALU, 5 Nov : Suasana kecoh seperti rusuhan dikesan berlaku di sebuah pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dipercayai di Tenom, Sabah hari ini.

Menerusi beberapa video yang tular, suasana tegang itu menunjukkan ratusan penyokong calon yang berpakaian berwarna putih melarikan diri sambil membawa bendera selepas kawasan itu dicemari dengan kepulan asap.

Sehingga berita ini ditulis, masih tiada pengesahan daripada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dijangka mengadakan sidang media berhubung kejadian itu pada petang ini.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kepada Bernama beliau sedang menunggu laporan penuh insiden itu daripada Idris.

BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan