Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf diiringi Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan Dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol Dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh serta penyokong GPS ke pusat penamaan calon.

PRU-15: Anak muda diseru keluar beramai-ramai mengundi pada 19 Nov

SARIKEI, 5 Nov : Rakyat Sarawak terutamanya pengundi muda diseru keluar beramai-ramai untuk mengundi pada 19 November ini.

Penyandang kerusi Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab mahu rakyat semua menunaikan tanggungjawab masing-masing serta bijak membuat pilihan pada hari berkenaan iaitu menurunkan undi terhadap calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kemenangan GPS di peringkat parlimen amat penting bagi memastikan agenda pembangunan yang dirancang dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas selesai penamaan calon di Tanjong Manis hari ini.

Berikrar tidak akan mengecewakan para pengundinya, Ir Yusuf berazam untuk meneruskan agenda mentransformasikan pembangunan selaras dengan matlamat meningkatkan  kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

“Andai kata saya berjaya jadi wakil rakyat nanti, saya akan meneruskan agenda pembangunan perancangan saya untuk membangunkan kawasan Tanjong Manis, dan juga tidak kurang pentingnya, kita akan bersuara untuk menuntut hak–hak kerajaan Sarawak di dalam perjanjian Malaysia (MA63),” tegasnya.

Beliau berkata matlamat itu penting bagi menentukan hala tuju terbaik untuk rakyat di samping memfokuskan hala tuju dan aspirasi pimpinan GPS.

Terdahulu, parlimen Tanjong Manis menyaksikan Ir Yusuf menghadapi pertembungan satu lawan satu dicabar Zainab Suhaili, 53, yang bertanding di atas tiket Parti Amanah Negara (PAN).

Pada PRU-14, Yusuf menang majoriti sebanyak 8,674 uni, menewaskan calon Amanah yang menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Fadillah Sabali. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan