Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri melihat pameran kraf dan batik pada Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo 2022 pada Jumaat. - Foto Bernama

Jualan kraf di Sabah dan Sarawak bantu negara lepasi sasaran RM200 juta

KUCHING, 5 Nov : Jumlah pencapaian nilai jualan kraf bagi Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada prestasi jualan keseluruhan negara yang bernilai RM211 juta  tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM200 juta yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata nilai jualan kraf di kedua-dua negeri itu setakat 30 Sept lepas telah meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, dengan Sabah dan Sarawak masing-masingnya mencatatkan nilai jualan kraf RM15.8 juta dan RM14.9 juta.

“Nilai jualan kraf yang dijana bagi kedua-dua negeri ini menunjukkan pencapaian sebanyak RM30.7 juta iaitu peningkatan 19 peratus untuk tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM25.7 juta,” katanya ketika berucap di Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2022, di sini pada Jumaat malam.

Ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi.

Menurutnya penganjuran FKTB bersempena ‘Kuching Waterfront Festival’ yang diadakan dari 28 Okt hingga 6 Nov, dengan penglibatan 120 usahawan kraf dari Sarawak dan Sabah.

Festival itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran produk kraf, pameran kempen ‘Ini Batik Malaysia’, demonstrasi kraf dan interatif kraf. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan