Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pada Majlis Pemimpin bersama rakyat di Kapit

Fokus pada agenda pembangunan, elak politik tidak matang – Nanta

ByFebbright James

KAPIT, 4 Nov: Enggan mempedulikan tomahan dan berita tidak sahih yang disebarkan oleh pihak lawan atas tujuan kepentingan berpolitik menjadi prinsip penyandang kerusi parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Tegas Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu ketika ini fokus utama beliau adalah ingin menjayakan agenda pembangunan yang telah dirancang dan akan terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Memang ada saya melihat beberapa perkara  yang dikongsikan pihak lawan sama ada menerusi aplikasi Whatsapp atau media sosial yang lain terutamanya memburukkan GPS dan kerajaan terdahulu,” katanya ketika ditemui pemberita ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pesaka Banglo, Jalan Hilltop pada Jumaat.

Bagi Nanta taktik sedemikian tidak mendatangkan hasil justeru fokus utama beliau ketika ini adalah ingin membawakan pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang telah dirancang susulan menurutnya lagi masih banyak pembangunan yang harus dilaksanakan.

“Kenapa mereka (pihak lawan) tidak mahu fokus kepada apa yang mereka boleh beri kepada rakyat dan pembangunan di tempat ini? Atau mungkin mereka tahu tidak akan menang dan tidak mahu menjanjikan apa-apa untuk membangunkan kawasan ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi taktik tidak sihat seperti ini hanya helah berpolitik untuk kepentingan peribadi dan cuba bermain dengan emosi pengundi.

Dalam pada itu, semasa ditanya berkaitan strategi berkempen pada kali ini Nanta memaklumkan beliau hanya melakukan perkara yang sewajarnya dan tidak terlalu agresif.

“Kita menggunakan system demokrasi iaitu sistem yang terbaik untuk pilihan raya. Jadi tidak perlu menggunakan cara yang keterlaluan dan sudah cukup melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” tegasnya.

Untuk rekod, Nanta telah menjadi Ahli Parlimen Kapit sejak tahun 1999 dan memenangi kerusi Parlimen kapit dengan majoriti undi sebanyak 10.479 pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan