Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi berjiwa besar, bantu Nancy untuk memenangi Santubong

KUCHING: Bekas Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Wan Junaidi Tuanku akan membantu kempen calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Nancy Shukri memenangi kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Wan Junaidi yang meminta agar tidak dicalonkan semula mewakili GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berkata, pada hari penamaan calon esok (5 November) beliau akan berada di pusat penamaan calon Parlimen Santubong.

“Saya balik (Kuching dari Kuala Lumpur) ini pun sebab esok sudah hari penamaan calon, jadi saya kena berdiri (bersama) dengan Nancy, kalau tak dia tanya mana Wan Junaidi.

“Saya akan bantu Nancy untuk kawasan Parlimen Santubong. Kita akan bantu dia dan yang penting ialah untuk menang, bukan sahaja menang tetapi menang dengan cemerlang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada PRU-15, Nancy yang juga Menteri Pelancongan dan Seni Budaya berpindah ke kerusi Parlimen Santubong dari kerusi Parlimen Batang Sadong.

Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata pengundurannya tidak dipaksa sesiapa.

“Saya tidak dipaksa mana-mana orang (agar) berhenti (berundur),” tegasnya.

Menurutnya, beliau memaklumkan hasratnya untuk tidak bertanding pada PRU-15 kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sejak tiga bulan yang lepas.

Katanya, Abang Johari menyerahkan kepadanya untuk membuat keputusan.

Beliau kemudian memaklumkan hasrat itu untuk kali kedua, tetapi menerima jawapan yang sama. 

Malah, tiga hari lepas beliau berjumpa dengan Abang Johari yang juga Pengerusi GPS untuk memaklumkan pendiriannya kekal – tidak bertanding pada PRU-15.

Sambil memberitahu popularitinya di kawasan masih tinggi, beliau tetap dengan keputusannya untuk berundur.

“Sebab apabila anda berada di puncak populariti, jangan terlalu lama berada di puncak,” katanya.

Menurutnya, selepas ini beliau akan berehat untuk seketika dan menjalani kehidupan seperti biasa bergaul dengan kawan-kawan dan berkebun.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan