Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menu tular roti canai ‘Bebuak’ di Kampung Meritam, Limbang. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Roti canai ‘Bebuak’ tular di Kampung Meritam

LIMBANG, 4 Nov: Menu tular roti canai ‘Bebuak’ yang ada di Kampung Meritam di sini, kini menjadi tarikan baharu, selain, menu tular Tom Yam Kelapa Muda, dan Taman Rekreasi Lumpur Bebuak.

Tular sejak Julai 2020, kini Pengusahanya, Roslan Garip,34, tidak menang tangan menerima tempahan dan kunjungan orang ramai di warungnya, iaitu Warung Singgah Meritam.

Unik dengan namanya, ‘Bebuak’ diambil sempena nama lumpur bebuak yang bermaksud berbuih-buih.

“Idea untuk mengolah roti canai ini sebenarnya datang apabila saya lihat lumpur bebuak yang ada di kampung ini.

“Bermodalkan RM500 sahaja pada waktu itu saya terus membuka warung kecil dan memperkenalkan roti canai telur bebuak yang hampir sama rupanya macam lumpur bebuak,” katanya kepada TVS.

Jelas Roslan lagi, pemilihan menu berasaskan tepung juga menjadi pilihannya kerana tepung mudah diolah untuk menjadi pelbagai jenis hidangan.

“Saya memilih roti canai sebab ia berasaskan tepung, kerana tepung kita boleh buat macam-macam jenis hidangan. Bahkan tidak akan menjadi masalah jika hidangan itu disediakan bersama udang, ketam, ayam, daging dan macam-macam lagi,” katanya.

Sejak dibuka, antara pelanggan yang berkunjung ke warung milik Roslan termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Malah, ada yang sanggup ke Kampung Meritam kira-kira 40 kilometer dari Bandar Limbang untuk mencuba sendiri hidangan air tangan Roslan.

“Waktu mula-mula warung ini dibuka dulu, memang panjang barisan kereta yang datang untuk mencuba menu tular ini.

“Saya juga tidak pernah menyangka menu ini akan tular kerana konsepnya mungkin sama sahaja dengan Sarang Burung.

“Mungkin kuah dan cara penyediaan membuatkan roti canai saya lain antara roti canai yang ada ketika ini, ada juga satu hidangan yang saya sediakan bersama udang galah,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan