Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Redd (kanan) bersama peserta Getaran Jiwa minggu ketiga ketika raptai penuh Getaran Jiwa pada Khamis.

Ramai yang semakin faham dengan konsep Getaran Jiwa – Redd

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 4 Nov: Minggu demi minggu, saingan sesama peserta semakin sengit dari segi kemampuan vokal.

Menurut tenaga pengajar vokal Getaran Jiwa, Kadri Awang Lihi atau nama komersialnya Redd, rata-rata peserta mulai faham dengan konsep Getaran Jiwa ketika raptai Getaran Jiwa pada Khamis malam.

“Dari minggu pertama sehingga sekarang, saya melihat ada peningkatan dan ramai peserta sudah mula faham dengan apa yang kita cari dalam Getaran Jiwa ini.

“Tetapi saya juga melihat ada yang masih dalam keadaan belum dapat memahami dan mendalami erti sebenar program ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Khamis.

Getaran Jiwa seperti biasa bakal menyaksikan lapan peserta untuk merebut dua tempat ke separuh akhir.

Minggu ketiga ini bakal menampilkan enam peserta dari Sarawak, seorang dari Selangor manakala seorang lagi dari Sabah.

Program yang mengimbau kembali lagu-lagu kenangan zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma dengan memberi susunan muzik nafas baru.

Ia juga menampilkan Ratu Irama Malaysia,Noraniza Idris sebagai juri jemputan minggu ini.

Konsert Getaran Jiwa bakal menemui penonton sekali lagi di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada Jumaat 8.45 malam dan boleh ditonton di TVS saluran 122. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan