Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk menanti Hospital baharu Lawas siap

ByOdleen Catherny

LAWAS, 3 Nov: Lebih 40,000 penduduk Lawas menanti pembinaan Hospital baharu Lawas siap agar kes pesakit kritikal dapat dikendalikan segera.

Projek pembinaan yang bermula tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM165 juta dijangka siap pada Februari 2024.

Mendengar khabar baik ini, tinjuan TVS mendapati rata-rata masyarakat setempat menarik nafas lega berikutan hospital berkenaan kata Lipang Babut akan memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan segera.

“Jauh untuk kami bergerak ke bandar-bandar besar seperti Miri atau Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Pendapat serupa disuarakan oleh Rokiah Abdullah sambil mengakui kos perjalanan untuk ke daerah lain amat tinggi serta tidak mampu dibiayai oleh golongan berpendapatan rendah sepertinya.

“Kalau mereka yang dari keluarga yang senang itu mungkin tidak mengapalah, tetapi mereka yang susah, macam mana?,” soalnya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Salemah Abdullah yang berkongsi pengalaman bahawa sebelum ini adiknya sendiri yang lambat dikesan penyakit sebenar dan keadaan kesihatannya semakin merosot.

“Saya yakin apabila Hospital baharu Lawas siap nanti kes kritikal dapat ditangani segera,” ujarnya.

Selain kemudahan hospital baharu, bagi Salemah Abdullah, perkhidmatan klinik kerajaan perlu diberi perhatian dari segi penambahan kakitangan sedia ada. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan