Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Market Teresang bukti keprihatinan GPS kepada peniaga di Kapit

ByFebbright James

KAPIT, 4 Nov: Market Teresang merupakan antara salah satu tarikan di Kapit terutama bagi penduduk setempat dan pengunjung yang mahu membeli hasil pertanian seperti sayur-sayuran, makanan eksotik, kraf tangan, pekasam ikan semah dan empurau.

Tinjauan TVS mendapati Market Teresang sesak dengan kehadiran pengunjung dan juga jumlah peniaga yang semakin bertambah, malah ada di antara peniaga yang berniaga di lorong pejalan kaki dan bahagian luar pasar tamu berkenaan.

Peniaga, Agnes Lia

Peniaga pekasam, Agnes Lia, 32, menyuarakan hasrat untuk melihat satu lagi pasar tamu dibina di Kapit bagi menampung jumlah peniaga yang kian bertambah.

“Kami akan menghadapi masalah terutamanya semasa hujan kerana di luar pasar tamu ini tidak ada bumbung. Jadi saya berharap ada penambahbaikan dibuat termasuk membina bumbung di luar ini untuk keselesaan kami berniaga.

“Kami menyambut baik sama ada bumbung di bahagian luar pasar tamu ini dapat dibina atau mungkin ada tapak yang baru disediakan,” katanya.

Peniaga, Ledang Likong

Seorang lagi peniaga Ledang Likong, 52, turut berhasrat mahu melihat Pasar Tamu Kapit dibangunkan lagi terutamanya dari segi keluasannya agar mampu menampung peniaga yang semakin ramai.

“Kami berharap kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membina satu lagi pasar tamu yang baru dan mungkin ada tempat khusus untuk kami yang berniaga pekasam ini. Ini juga akan membantu memudahkan pelanggan untuk mencari di mana ada menjual ikan pekasam kerana kapit ini sememangnya terkenal dengan pekasam, ikan semah dan empurau.

Kapit akan memiliki Pasar Tamu yang lebih luas dan lengkap

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kapit, Kelimbik Sibat ketika ditemui  memaklumkan kerajaan sememangnya telah merancang untuk membina satu lagi pasar tamu yang lebih luas  di Bleteh untuk menampung jumlah peniaga yang semakin bertambah.

Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kapit,Kelimbik Sibat

Katanya, kerajaan menerusi Majlis Daerah Kapit cakna akan keperluan penduduk setempat dan sentiasa melakukan yang terbaik bagi menambah keperluan sedia ada.

“Kalau kita lihat, ada peniaga yang berniaga di lorong-lorong, laluan pejalan kaki dan di belakang kedai. Ini menunjukkan Market Teresang tidak mampu lagi menampung jumlah peniaga yang ada.

“Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan telah bercadang membina satu lagi pasar tamu kering dan basah di Kapit dengan kos RM5 Juta seperti yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa lawatannya pada awal tahun ini.

“Kerja pembinaan akan dilakukan hujung tahun ini atau awal tahun ini dengan jangkaan tempoh siap pertengahan 2024. Ini diharap dapat mengatasi kesesakan di pasar tamu nanti.

Tambahnya, kesesakan pasar tamu ini kesan daripada pembangunan berterusan di Kapit oleh kerajaan Sarawak di bawah GPS seperti pembinaan jalan penghubung antara kawasan berdekatan Kapit termasuk jalan-jalan menuju ke rumah panjang

“Sebab itu pasar kapit dilihat semakin sesak, kesan daripada pembangunan berterusan di Kapit sebab kalau kita lihat orang dari pedalaman dan rumah panjang kini mudah untuk membawa hasil pertanian mereka ke pasar Kapit jika dibandingkan dengan dahulu yang hanya bergantung dengan pengangkutan sungai.

Ujarnya, ini satu perkembangan yang positif serta dilihat mampu membantu penduduk setempat menjana pendapatan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found