Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital baharu Lawas sedang giat dilaksanakan. Foto: Odleen Catherny (TVS)

Hospital baharu Lawas dijangka siap pada Feb 2024

ByOdleen Catherny

LAWAS, 4 Nov : Projek pembinaan Hospital Lawas baharu dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2024.

Bekas Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata jadual asal hospital berkenaan siap adalah pada Disember 2023 namun dilanjutkan pada tahun berikutnya ekoran beberapa faktor termasuk kesan peralihan kerajaan kepada Pakatan Harapan pada 2018 di peringkat Persekutuan dan kekangan oleh pandemik COVID-19.

“Di pihak kerajaan sudah tentu kita tidak mahukan mana-mana projek tergendala. Sekiranya kita ingin bercakap mengenai Hospital Lawas baharu, keadaan telah menyebabkan tergendalanya pelaksanaan projek itu antaranya peralihan kuasa pentadbiran kerajaan kepada Pakatan Harapan (PH) pada 2018,” tegasnya kepada pemberita hari ini.

Henry yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, peralihan kerajaan itu juga menyaksikan tender terpaksa dibuka semula pada 2020 selepas semua kajian terperinci dijalankan.

“Ini menunjukkan kelewatan projek bukan berpunca dari kerajaan. Kalau kita hendak memilih projek yang diluluskan ataupun projek yang tidak ada langsung, mana satu lebih baik? Tentunya kita memilih kelulusan projek dari pihak kerajaan,” ujarnya mengulas kebimbangan penduduk mengenai kelewatan projek pembangunan Hospital Lawas yang baharu itu.

Selain itu, pelaksanaan sekatan pergerakan kerana pandemik COVID-19 selama dua tahun dan kesukaran mendapat tenaga kerja turut merencatkan kerja-kerja pembinaan.

Terdahulu, semalam Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Henry dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen P.222 Lawas.

Pencalonan ini menjadikan penggal keenam bagi Henry berada di Lawas.

Pada PRU-14 yang lalu, Henry menang dengan majoriti 6,000 mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon bebas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan