Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi bersama Dr Abdul Rahman dan Paulus serta para penyokongnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Limbang hari ini. Foto: TVS

GPS perlu menang besar untuk kukuh cengkaman di Parlimen

LIMBANG, 4 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi mengukuhkan cengkaman kuasa di peringkat Parlimen.

Penyandang kerusi Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah berkata PRU-15 ini menjadi penanda aras kepada GPS untuk berperang kali pertama sebagai parti tempatan yang melambangkan Sarawak di arena politik tanah air.

“GPS perlu meraih kemenangan besar di 31 kerusi Parlimen pada PRU-15 dan GPS perlu membuktikan keupayaan melalui sokongan rakyat Sarawak itu sendiri dengan mengundi parti itu pada PRU15 ini,” katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Limbang hari ini.

Tegas Hasbi lagi rakyat Sarawak harus memainkan peranan memilih GPS agar dasar dan inisiatif pembangunkan berfokuskan rakyat dapat diteruskan.

“Satu negara sedang memerhatikan bagaimana pencapaian GPS dan mereka ingin melihat bagaimana sokongan rakyat daripada undinya terhadap GPS kerana mereka tahu melihat tinggi rendahnya langit apabila GPS keluar dengan cemerlang dan menang dengan cemerlang di seluruh negara, di seluruh Sarawak,” katanya lagi GPS perlu dipilih oleh rakyat Sarawak sendiri.

Malah, Hasbi menekankan rakyat Sarawak tidak perlu mengambil peduli terhadap kekecohan yang berlaku di Semenanjung dan di Sabah ketika ini.

“Semua yang dipilih di 31 kerusi ini untuk menang bergaya, menang besar supaya orang melihat, orang sedang memerhatikan GPS sekarang sendirinya bukan lagi seperti dahuu bergabung dengan seluruh negara tapi kinin secara sendiri,” tegasnya.

Oleh itu, katanya rakyat Sarawak perlu membuktikan sokongan mereka pada hari pembuangan undi pada 19 November ini demi parti anak Sarawak, iaitu GPS.

Ketika ditemui Hasbi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana mencalonkan beliau semula sebagai calon GPS bagi kerusi Parlimen Limbang pada PRU-15 ini.

Ketibaan Hasbi di lapangan terbang hari ini turut diiringi oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, Dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan