Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tom Yam Kelapa Muda dan Mee Basah Kelapa Muda yang dihidangkan dalam buah Kelapa. Foto: Akma Salleh (TVS)

Dari tukang cat kereta ke dapur masakan

LIMBANG, 4 Nov: Populariti masakan Thailand terutamanya tomyam sangat mendapat tempat di hati rakyat hampir di seluruh pelosok negara.

Begitu juga bahagian utara Sarawak di Kampung Meritam di sini.

Siapa sangka, terdapat sebuah warung kecil di sini yang menginovasikan juadah tomyam menggunakan kelapa muda.

Menurut pengusahanya Talip Mudin, 41, uniknya hidangan tomyam di warungnya ialah menggunakan isi dan air kelapa.

Talip Mudin, pengusaha Tom Yam Kelapa Muda.

“Uniknya, saya tidak menggunakan garam dan gula, sebaliknya hanya menggunakan air kelapa muda yang asli dan isinya sendiri.

“Tambahan pula, saya turut menggunakan bahan-bahan semula jadi,” katanya ketika ditemui TVS di Kampung Meritam pada Rabu.

Berbekalkan modal perniagaan yang sederhana, Talip juga tidak menyangka perniagaan tomyam yang diusahakannya boleh menarik minat negara jiran seperti Brunei.

“Saya tidak sangka kerana saya baru berjinak-jinak dalam perniagaan seperti ini. Apatah lagi, perniagaan saya belum mencecah setahun dan saya juga tidak ada pengalaman memasak.

“Kerana dulu saya hanya merupakan seorang tukang cat kereta.

“Tetapi sejak negara beralih ke fasa endemik ini, ada pelanggan saya dari Brunei yang sanggup datang ke sini untuk menikmati juadah yang saya sediakan dengan air tangan saya sendiri,” jelasnya.

Selain tomyam, Talip juga mengetengahkan hidangan seperti mee basah isi kelapa dengan harga yang berpatutan.

“Saya jual pada kadar harga RM15 untuk sebiji kelapa, bergantung juga dengan tambahan menu lain seperti udang galah atau terdapat permintaan lain dari pelanggan.

“Buat masa ini, saya memang tiada cadangan untuk menaikkan harga kerana warung saya terletak di kawasan kampung,” katanya.

Sehubungan itu, Talip memberitahu pada hujung minggu jualan tom yam kelapa muda itu boleh mencecah sehingga 100 biji sehari.

Dia berharap, perniagaannya ini boleh menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Limbang dan seterusnya dapat menonjol di mata dunia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan