Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing

Banjir di Bintulu perlu ditangani segera

BINTULU, 4 Nov : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Daerah Bintulu hari ini digesa mencari jalan untuk menangani isu banjir di sekitar Bintulu.

Perkara itu ditegaskan oleh Calon Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing agar agensi berwajib segera bermesyuarat bagi mengenal pasti permasalahan perparitan setempat.

“Hal ini kerana kerja membaik pulih sistem perparitan perlu dikenal pasti agar sistem sedia ada menjadi lebih baik,” katanya.

Justeru, Tiong yang meninjau di lokasi meminta JPBN Daerah Bintulu bertindak segera agar masalah serupa tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Dalam perkembangan sama, Tiong mendedahkan satu jawatankuasa khas bakal ditubuhkan bagi menangani isu aliran air Sungai Sibiu yang perlahan.

“Saya telah dicadangkan untuk memanggil Lembaga Kemajuan Bintulu (DBA), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Tanah dan Survei dan beberapa agensi lain bagi menubuhkan jawatankuasa ini selepas Pilihan Raya Umum ke15 (PRU -15),” jelasnya.

Tiong mendedahkan lagi jawatankuasa khas berkenaan berperanan untuk kerja pengambilalihan tapak haram bagi sungai tersebut.

“Saya mahu agensi berwajib melihatnya dan membuat kajian bagi mendapatkan laporan untuk menaik taraf semua kemudahan yang diperlukan dan saya juga akan bercakap dengan pihak kerajaan Persekutuan bagaimana permasalahan ini dapat dimajukan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan