Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim: Nazirah Adlina (TVS)

PRU-15: Shafizan pilihan terbaik di Batang Lupar- Rohani

ByNazirah Adlina

KUCHING, 3 Nov: Bekas Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim yakin calon baharu, Mohammad Shafizan Kepli, 37, merupakan pilihan terbaik pucuk kepimpinan Gabungan Parti Sarwak (GPS) untuk menabur khidmat kepada rakyat di kawasan itu.

Rohani yang telah menggalas tanggungjawab selama empat penggal sejak tahun 2004 berkata, sebagai orang muda, Shafizan sudah pasti mempunyai pandangan dan idea yang lebih segar untuk terus membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan Batang Lupar.

“Sudah tiba masanya saya mengundur diri bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda menabur bakti  di kawasan kelahirannya sendiri.

“Kawasan Batang Lupar memerlukan orang baharu untuk memimpin mereka dengan adanya pengundi muda pada masa sekarang, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai pengumuman calon GPS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini.

Katanya, walaupun tidak akan bertanding kali ini, namun masih banyak lagi perkara yang boleh di lakukan terutama sekali apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini mempunyai banyak perancangan baharu bagi Sarawak.

Pada PRU-15 ini, GPS menempatkan calon baharu bagi kerusi Parlimen Batang Lupar iaitu Mohammad Shafizan Kepli,37, yang merupakan antara calon termuda GPS, kelahiran Kampung Pusa, Beting Maro.

Pada PRU-14, Rohani yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar selepas memperoleh 14,204 undi, menewaskan dua pencabarnya Wan Abdullah Ahmad dari PAS yang mendapat 3,927 undi dan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperoleh 2,020 undi – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan