Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) mengumumkan calon-calon GPS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU- 15) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Kuching, hari ini. Foto Bernama.

PRU-15: Beberapa nama besar pemimpin GPS pertahan kerusi

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 3 Nov: Beberapa nama besar pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) antara 31 calon mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Masing-masingnya seperti Parlimen Kapit dan Parlimen Petra Jaya iaitu Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kanan Kerja Raya.

Pengumuman senarai calon GPS oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di ibu pejabat PBB di sini, hari ini juga menyaksikan Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bertukar angin sebagai calon GPS di Santubong.

“(Datuk Seri) Nancy Shukri jadi Puteri Santubong selepas ini,” ujar Abang Johari pada sidang media hari ini.

Kehadiran Naib Ketua Wanita PBB itu di kawasan kelahirannya menurut Abang Johari mengakhiri teka teki tentang pengunduran Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang telah berbakti selama 32 tahun sebagai Ahli Parlimen Santubong.

“Datuk Seri Tiong King Sing (Presiden Parti Demokratik Progresif – PDP) sekali lagi bertanding di Parlimen Bintulu diikuti Datuk Joseph Salang Gandum (Presiden Parti Rakyat Sarawak – PRS) dicalonkan semula bertaruh di Parlimen Julau,” ujarnya.

Seterusnya Abang Johari turut mengumumkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin sekali lagi akan mempertahankan kerusi Puncak Borneo.

Senarai 31 calon GPS menyaksikan pembahagian kerusi antara empat parti komponen itu diisi 14 kerusi oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh kerusi oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), enam kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta empat oleh Parti Demokratik Progresif (PDP).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan