Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: UKAS

Pendapatan Sarawak bertambah satu kali ganda tahun ini

ByYusuf Shukri

MUKAH, 3 Nov : Pendapatan Sarawak bertambah satu kali ganda pada tahun ini kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perkhabaran baik itu diumumkan oleh beliau hari ini namun begitu beliau tidak menjelaskan lebih lanjut angka spesifik pertambahan pendapatan yang diraih Sarawak.

“Saya akan mengumumkan nilai pertambahan pendapatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan berlangsung pada 21 November ini,” katanya ketika merasmikan Program ‘Sarawakku Sayang’ Bahagian Mukah hari ini.

Pulangan positif yang dijana tahun ini tegas Abang Johari membolehkan kerajaan Sarawak membawakan banyak lagi projek pembangunan kepada rakyat.

‘Saya jangkakan pada tahun 2026, pendapatan kita akan makin bertambah lebih lagi daripada apa yang kita capai pada tahun ini,” ujarnya sambil menekankan pertambahan pendapatan menjadi pendorong Sarawak menubuhkan Dana Berdaulat Sarawak.

Menurut Abang Johari Sarawak akan membangunkan industri baharu iaitu Industri Penggunaan dan Penyimpanan Tangkapan Karbon (CCUS) kerana negeri ini mempunyai banyak paya bakau yang berperanan penting dalam penangkapan karbon dioksida.

“Di sinilah kita akan dapat menjana lebih lagi pendapatan untuk Sarawak di masa akan datang dan kita simpan dalam Dana Berdaulat Sarawak yang juga akan dibentangkan rang undang-undangnya pada sidang DUN November ini,” jelas beliau.

Dengan itu beliau optimis Sarawak bakal diiktiraf sebagai negeri yang memiliki pengurusan dana terbaik di Malaysia berikutan Sarawak hari ini mendapat penarafan 3A.

“Dari sudut ekonomi kita dah lengkap oleh itu tumpuan kini adalah kita akan membangunkan modal insan memandangkankerajaan Sarawak berhasrat memberikan pendidikan percuma kepada anak Sarawak menjelang lapan tahun lagi,” ujarnya. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan