Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof

Gandingan muka lama dan muka baharu adalah tradisi kematangan berpolitik GPS

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 3 Nov : Gandingan barisan calon muka lama berpengalaman dan muka baharu didasari tradisi kematangan berpolitik yang diamalkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof optimis gandingan berkenaan akan membawa idea segar untuk GPS mempertaruhkan calon di 31 kerusi parlimen.

“Senarai barisan calon GPS seperti diumumkan oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mencerminkan persefahaman dan kesepakatan antara penyandang kerusi Parlimen yang memberi laluan kepada muka baharu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti,” kata Menteri Kanan Kerja Raya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Fadillah juga meyakini barisan mantap calon GPS akan menjadi cerminan keutuhan GPS beraksi pada PRU-15 berikutan kematangan semua pemimpin dan ahli adalah berpegang teguh kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri.

“Semangat perpaduan dan kekeluargaan yang kukuh ini menjadi nadi kekuatan GPS yang dianggotai empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP),” tegasnya.

GPS adalah satu-satunya gabungan parti tempatan jelas Fadillah yang telah terbukti berjaya membawa suara Sarawak ke peringkat Persekutuan dan berjaya memperjuangkan hak Sarawak dengan hanya satu nada iaitu “Utamakan Sarawak” atau “Sarawak First”.

Terdahulu, Fadillah merupakan antara beberapa nama besar pemimpin GPS mempertahankan semula kerusi yang dipegangnya selama empat penggal sebelum ini.

Tanggungjawab yang digalas sekali lagi ini kata beliau menjadi peniup semangat baginya untuk bekerja keras serta menabur bakti memperjuangkan pembangunan dan kesejahteraan penduduk di Petra Jaya sekiranya diberi mandat sekali lagi pada PRU-15 ini.

“Saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya buat kali ke-5 dan saya berikrar akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan GPS,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan