Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Sri Doris Sophia Brodie. Foto: TVS

Doris berazam bawa suara rakyat ke Parlimen

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 3 Nov: Menjadi suara rakyat di Dewan Rakyat dan juga telinga kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mendengar masalah rakyat, itu iltizam Dato’ Sri Doris Sophia Brodie jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebagai muka baharu yang ditampilkan di kerusi Parlimen Sri Aman, beliau berusaha agar rakyat memahmi aspirasi dan rancangan pembangunan GPS yang boleh memanfaatkan mereka.

Sewaktu tempoh kempen PRU-15, selepas hari penamaan calon pada 5 November, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk memberi penerangan tentang inisiatif-inisiatif kerajaan GPS.

“Empat belas hari adalah tempoh yang amat singkat dan ini adalah usaha terakhir saya untuk menyentuh hati dan jiwa rakyat di Sri Aman,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan watikah kepada calon-calon GPS di sini, hari ini.

Beliau juga berazam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat jika memenangi kerusi berkenaan.

Sebelum ini, pada PRU-14, Parlimen Sri Aman dimenangi Dato’ Masir Kujat dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN).

Masir keluar parti dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 2019.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan