Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) mengumumkan calon-calon GPS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU- 15) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Kuching, hari ini. Foto Bernama.

Calon GPS mampu capai misi menang besar

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 3 Nov : Barisan calon – calon termasuk muka baharu yang ditampilkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat berkeupayaan untuk mencapai misi menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini.

Penganalisis politik di Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, beliau juga melihat GPS tidak berdepan masalah membabitkan calon pada PRU-15 ini.

“Bagi calon-calon baharu pula, mereka berpotensi serta boleh memberikan keyakinan kepada pengundi di kawasan masing – masing,”katanya ketika ditemu bual secara langsung oleh Astro Awani hari ini.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ketika ditemu bual mengenai calon – calon diumumkan oleh GPS hari ini.

Awang Azman mengulas mengenai pengumuman calon – calon GPS oleh Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching hari ini.

Menerusi pengumuman itu, Abang Johari turut menamakan 14 muka baharu selain meletakkan calon mereka di kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, berdasarkan sentimen semasa, beliau yakin gabungan empat parti tempatan di Sarawak itu mampu menyapu 25 kerusi berbanding 19 kerusi pada PRU-14.

“Ini akan turut dibantu oleh faktor calon – calon yang diumumkan hari ini yang menjadi harapan GPS untuk menarik sokongan pengundi,” katanya.

Berhubung keputusan GPS menyenaraikan Datuk Willie Mongin di kerusi Parlimen Puncak Borneo, Awang Azman berkata, ini merupakan strategi gabungan itu.

Pada masa sama beliau berkata,  GPS juga tidak berdepan pergolakan dalaman yang serius dan ini sangat membantu untuk mereka merampas beberapa kerusi yang tewas pada 2018.

Namun demikian, Awang Azman menasihatkan GPS agar tidak terlalu selesa dengan keadaan itu dan perlu menunggu sehingga selesai penamaan calon dan hari – hari terakhir kempen.

“Ini akan menentukan situasi sebenar bagaimana penerimaan pengundi terhadap calon-calon yang dikemukakan, baik kepada calon baharu atau lama,”katanya.

GPS mengemukakan kombinasi calon muda, wanita dan berpengalaman termasuk 14 muka baharu.

Mereka adalah Lidang Disen (Mas Gading), Tay Tze Kok (Bandar Kuching), Lo Khere Chiang (Stampin), Rodiyah Sapiee (Batang Sadong), Mohamad Shafizan Kepli ( Batang Lupar), Dato Sri Doris Sophia Brodie (Sri Aman), Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu), Dr Richard Rapu @ Aman Begri (Betong), Giendam Jonathan Tait ( Saratok), Dato Sri Huang Tiong Sii ( Sarikei), Wong Ching Yong (Lanang), Clarence Ting Horh (Sibu), Edwin Banta (Selangau), Jeffery Phang Siaw Foong ( Miri). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan