Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nora James, S. Zainal,Isa Abu Bakar dan Zulrasit. Foto: TVS

Anggota polis, peminat P. Ramlee berentap di pentas Getaran Jiwa

KUCHING, 3 Nov : Pentas Getaran Jiwa pada minggu ini bakal digegarkan oleh seorang anggota polis serta peminat setia Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bagi memburu tempat ke peringkat separuh akhir.

Berkhidmat selama 26 tahun di Kota Samarahan, Nora James, 46, menjanjikan persembahan memukau dengan gubahan lagu yang dapat memikat hati juri.

“Dengan gubahan lagu P. Ramlee yang segar ini, saya percaya bahawa persembahan saya mampu layak ke peringkat seterusnya,” katanya.

Lebih menarik pada minggu ini, pentas Getaran Jiwa bakal diwarnai oleh dua ahli kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) iaitu S. Zainal, 57, dan Isa Abu Bakar, 42, yang bakal membuai jiwa penonton malam itu nanti.

Masing-masing mereka ini bukan nama asing lagi di arena seni tempatan kerana pernah mengharumkan nama Sarawak mendendangkan lagu-lagu seniman P. Ramlee di luar negara seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Insya-Allah, peminat-peminat saya serta ahli-ahli kelab Peminat P. Ramlee Sarawak akan hadir di stadium untuk memberi sokongan mereka kepada saya,” kata S. Zainal.

Sementara Isa yang merupakan guru Sains, Pendidikan Muzik dan Jasmani di salah sebuah sekolah rendah di Kuching optimis persembahannya nanti bakal membawa dirinya keluar daripada zon selesa genre asal lagu dendangan Seniman Agung itu nanti.

“Sudah semestinya kita kena puaskan hati para penonton terutamanya para juri kita apabila mereka menonton persembahan saya nanti,” ujarnya ada aura ‘getaran jiwa’ yang disemat dalam jiwa para peserta pertandingan berkenaan.

Turut mempertaruhkan nasib peserta paling vateran minggu ini, Zulrasit, 58, menyatakan usia bukan penghalang bagi penjawat awam di Jabatan Hutan Sarawak di Lawas ini mengintai gelaran juara.

“Saya akan mencuba sedaya upaya untuk bersaing di pentas Getaran Jiwa dengan peserta-peserta yang lebih muda dan saya berharap semua peserta serta diri saya mampu memberikan persembahan yang hebat untuk memantapkan kebolehan bakat diri sendiri dan TVS,” katanya.

Seperti sedia maklum dua peserta yang layak pada minggu ketiga ini akan melangkah ke peringkat separuh akhir seterusnya bakal berentap bersama Sam Dean, Izwan Dahlan, Suili George dan Mady Spuan.

Minggu ketiga ini bakal menampilkan Noraniza Idris yang juga diberi jolokan “Ratu Irama Malaysia”, selaku juri jemputan ditemani oleh dua juri tetap, Dato Nash dan Norafizah Busman.

Konsert minggu ketiga ini akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, bermula pukul 8.45 malam di TVS, saluran 122 Astro dan MYTV.

Orang ramai yang ingin menyaksikan secara langsung dijemput hadir ke Stadium MBKS, Bintawa yang akan dibuka seawal jam 7:00 malam. Masuk adalah percuma. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan