Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maxwell Syawal, Najiha Najib, Aruel Ariel dan Santiana Ramli. Foto: TVS

Penyanyi, pempengaruh TikTok hangatkan episod ketiga Getaran Jiwa

KUCHING, 2 Nov: Kehangatan Getaran Jiwa diteruskan pada minggu ini dengan kumpulan ketiga yang akan bersaing untuk merebut slot ke peringkat separuh akhir.

Pentas minggu ini akan dibarisi dengan persembahan penyanyi terkenal dan juga seorang bintang media sosial yang bakal berentap untuk memikat juri.

Tenaga pengajar muzik dari Simanggang, Sarawak yang kini menetap di Kuala Lumpur, Maxwell Syawal berkata membuat persembahan di pentas Getaran Jiwa ini adalah untuk memenuhi hasrat ibunya.

“Ini adalah impian saya sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang penghibur yang terkenal serta mahu merealisasikan impian ibu saya yang ingin melihat persembahan saya di pentas Getaran Jiwa secara langsung,” ujarnya.

Pempengaruh Tik Tok, Najiha Najib pula menyimpan hasrat untuk mencuba nasib di pentas Getaran Jiwa selain ingin membuktikan bahawa dirinya berupaya melangkah ke pentas akhir nanti.

“Saya akan cuba yang terbaik dan buktikan kepada orang ramai bahawa saya boleh bersaing di pentas Getaran Jiwa dan seterusnya melayakkan diri di pentas akhir,

“Persembahan saya pada malam nanti akan berkisarkan tentang penghargaan kita kepada ibu bapa dan berharap agar pesanan ini boleh menyentuh perasaan penonton kelak,” kata anak jati Kuching ini yang juga seorang pekerja spa di sini.

Istimewanya minggu ini pentas Getaran Jiwa nanti akan disertai oleh seorang penyanyi dan guru vokal terkenal yang pernah menjadi guru vokal kepada Bob Yusof, iaitu Aruel Ariel dari Selangor.

“Sejujurnya, harapan saya mahu melangkah ke pentas akhir Getaran Jiwa dan saya akui gementar pasti ada oleh itu saya berharap untuk berjaya mengalahkan mereka dalam pertandingan ini supaya saya dapat masuk ke peringkat akhir nanti,” tambahnya bakal menghidangkan persembahan beliau yang istimewa dengan genre rentak latin tango.

Dari Keningau Sabah, Santiana Ramli merupakan seorang guru bahasa Inggeris dari SK Bingkor Keningau lulusan Sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya juga ingin menambah koleksi piala pertandingan miliknya.

Tegas Santiana yang mahu menjadi diri sendiri dan tidak akan meniru cara nyanyian penyanyi lain.

“Sememangnya masing-masing mempunyai aura sendiri, kreativiti tersendiri tapi Santiana Ramli akan menjadi Santiana Ramli, sebutir bintang yang menyerlah,” tegasnya.

Santina yakini bakal memberikan satu kejutan bersifat suatu persembahan di luar kotak kepada para penonton di stadium malam itu nanti.

Getaran Jiwa akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Orang ramai juga boleh menonton secara langsung di Stadium MBKS, Bintawa dan pintu dibuka seawal jam 7:00 malam.

Masuk adalah percuma. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan